Friday, 13 July 2012

Tips Membersihkan Sensor DSLR

Kebiasaannya, semua digital photographer akan ada keperluan untuk mencuci sensor kamera dlsr mereka. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan bintik-bintik atau partikel di dialam imej yg telah diambil dan antaranya adalah partikel habuk yg ada di sekeliling semasa kita menukar lens ataupun dari internal kamera dslr anda sendiri.

Partikel atau habuk yang lebih halus adalah dikira senang untuk dibuang akan tetapi ia akan menimbulkan masalah bila habuk atau partikel tersebut terbasah sebab pelu atau air liur ketika anda sedang mencuci sensor atau semasa anda menukar lens. Ini juga boleh terjadi jika anda pernah mengambil foto semasa dalam hujan.

Habuk- dan partikel ini amatlah menjengkelkan bagi semua fotografer kerana ia akan menghasilkan bintik hitam di dalam image yang kamu ambil lebih-lebih lagi apabila imej di ambil dari wide-angle atau dengan menggunakan lens yg mempunyai aperture yg kecil ( high f-stop).

Jadi, macam mana nak hilangkan partikel atau habuk-habuk ni? Di sini ada 4 cara yang terbaik untuk mencapai matlamat anda iaitu:

1. Air Cleaning:  atau dalam bahasa kita, bersih menggunakan angin.

  • Kaedah Air Cleaning adalah amat mudah. Dengan menggunakan air blower, anda boleh membuang habuk dan partikel yg kering dan mudah untuk di buang. Cara atau step pertama adalah kuncikan atau  masuk mode shutter lock open( lihat dalam menu kamera anda). Peringatan! : Jangan sekali-kali meniup senor anda menggunakan udara dari mulut kerana nafas kita mempunyai humidity yg akan bolehmembawa masalah lain ke atas kamera anda. Hanya gunakan angi yang kering iaitu dari Air Blower sahaja!

2. Brushing : dalam bahasa kita menyapu. hahah. jangan gelak ye. 
  • Jadi kalau guna kaedah menyapu ni kita nak guna alat yang mana? Ok. Anda mernah mendengar alat yang di panggil Lens Pen? Untuk kaedah Brushing, kita akan gunakan alat ni. Alat ni amat mudah tetapi anda harus berhati-hati ketika menggunakannya kerana takut sensor anda akan scratch di sebabkan oleh kekasaran anda semasa menyapu sensor tersebut untuk membuang habuk. Anda juga perlu berhati-hati seupaya berus tersebut tidak terkena minyak yg berada di hujung penjuru sensor anda. Tips di sini ialah apabla menyapu, sapu hanya pada satu arah sahaja. jika anda bermula dari kiri ke kanan, maka buat dari kiri ke kanan sahaja. Jangan pula tangan anda gatal nak rotate atau sapu dari kanan ke kiri pula.
3. Liquid cleaning : dalam bahasa kita guna pembersihan menggunakan cecair.

  • Kaedah ni macam mana pulak? Kaedah ni, kita akan gunakan Sensor Swab yang telah di celup dengan ethanol ke atas sensor. Kaedah ni sesuai untuk menghilangkan habuk-habuk kecil dan partikel yang amat halus dan degil untuk dihilangkans setelah kita melakukan 3 step di atas. 

4. Stamp sensor: kaedah stamp khas untuk sensor.
  • Kaedah ini pula menggunakan stamp sensor. Stamp Sensor ni pun boleh menghilangkan habuk dan partikel yang degil. Nanti kamu boleh lihat video di bawah tentang bagaimana nak mencuci lens kamu sendiri.
Peringatan: Jika kamu tidak yakin untuk membuat sendiri, sila hantar ke kedai kamera untuk mendaoatkan servis dari profesional. Kaedah ini adalah berisiko tinggi namun ada saya tahu ada sesetengah dari kamu yang malas untuk menghantar kamera untuk di servis kerana proses ini selalunya mengambil masa yang lama kerana perlu menghantar kamera anda ke servis centre yang jauh dari rumah kamu padahal proses mencuci sensor ini boleh dibuat sendiri dengan keselasaan di dirumah sahaja. Cuma perlu menggunakan tools dan kaedah yang betul. 


Lihat video di bawah untuk lebih senang faham apa yang saya nak sampaikan tadi.






Cleaning kit ini boleh didapati di website kami dengan hanya RM 35.

Link produk: Cleaning Kit JJC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...